Friday, January 10, 2014

kenapa

Assalamualaikum.

Mengetuk lagi dunia sebelah sini.
Alhamdulillah hari ini. Ada rezeki yang Allah s.w.t bagi.
Alhamdulillah juga kerana beberapa persoalan sudah menjadi semakin jelas.

Aku hari ini.
Melihat 1 video.
Dimana seorang yahudi.
Mencari agama.

Bermula dari kristian. Dia terus mengkaji hindu dan sebagainya. Sehinggalah dia bertemu islam. Alhamdulillah.

Dia tertanya tanya.
Apakah tujuan hidup.
Mengapa dia hidup.

Video yang sangat baik untuk ditonton.

Aku sendiri tersedar.
Sekiranya kita sentiasa mencari.
Ternyata terlalu banyak lagi yang masih belum kita ketahui.

Dalam kita mencari tahu tentang bagaimana cara untuk jadi pekerja berdedikasi.
Belum tentu kita tahu bagaimana menjadi khalifah yang terpuji.

Sewaktu kita kaji apakah kebaikannya mencari suami yang sejati. Belum tentu kita tahu bagaimana mencari kehidupan hakiki.

Permainan hidup.

Tapi.
Akan jadi lebih mudah jika kita kembali kepada 1 persoalan ringkas.

Kenapa kita hidup.


No comments: