Thursday, February 6, 2014

masih

Katanya. Setiap perit jerih yang kita rasa. Pasti ada kemanisan menanti.
Setiap pedih yang Allah s.w.t timpa. Pasti ada nikmat yg mahu Dia kurnia.

Kesabaran. Kunci sebenar kejayaan.

Kejayaan terlalu luas di pandangan aku.

Kejayaan untuk kurangkan rasa rindu pada keluarga juga merupakan kejayaan besar untuk aku.

Tadi petang. Berbicara aku pada tuhan.

Tuhan.
Terima kasih.
Kurniakan hati yang utuh menyayangi keluarga.
Sentiasa buat aku rasa kasih dan ingin dampingi mereka.

Namun ya tuhan.
Derita aku berjauhan dari mereka.
Antara tanggungjawab menjaga dan mengasihi mereka. Aku mahu keduanya.

Aku mahu dekat.
Mahu sentiasa rasa bersama mereka.
Tapi, rezeki aku jauh di sini.

Tuhan.
Tunjukkan aku jalan.
Andai disini jalan aku.
Kurangkan lah rasa sedih ini.

Teringat kata abah
" bila maghrib. Semua ada. Macam anak burung. Bising. "

Maghrib.
Waktu kami berkumpul.
Makan sebelum azan.
Berebut tandas.
Mandi.
Dan solat berjemaah.

Umur dah menjangkau 25 tahun.
Masih tido dengan nenek.
Masih tak boleh gelap.
Masih kena ada sesiapa tido kat sebelah.

Berkatilah setiap kerjaan ku.
Supaya cepat. Aku dapat pulang kepangkuan mereka

Ini juga permata hati aku.

No comments: