Saturday, June 21, 2014

pasal kedai

Assalamualaikum semua.

Now super bz menyiapkan kedai dekat seksyen 16 shah alam.
cukup simple dan bersederhana sahaja kedainya. ihi

kalau siapa siapa perasan, saya ada bukak slot untuk vendor kat kedai nanti. konsep kedai kami ialah vendor butik. sekarang, most butik yang baru dibukak akan pakai konsep vendor butik.
saving adalah salah satu sebab. tapi, jangan dilupa matlamat utama.

1. sediakan pelbagai pilihan untuk customer. contohnya, bila orang datang kedai kita even dia tak berkenan barang kita, tapi dia still hepi sebab dapat shopping benda lain kat butik kita :)
lagi lagi perempuan, plan nak beli tudung je sehelai. pls pls. dah tak de duit. tiba tiba keluar kedai ada 3 plastik bag. 1 tudung 1 cheese cake. 1 kasut. siapa terasa??

2. paling penting, kita sebenarnya membina 1 team ataupun 1 jentera untuk sama sama menyokong bisnes each other. katakan saya mempunyai follower 2k sahaja. tapi vendor saya mempunyai follower 10k, secara tak langsung follower dia akan diperkenalkan kepada butik saya. dan team kita makin kukuh sebab sama sama sokong each other.

dari semalam, dah ada vendor yang datang jenguk jenguk kedai. paling asas dalam berniaga adalah KEPERCAYAAN.

"kalau dah ada yang jual jubah. so, tak de orang lain dah lah yang boleh jual jubah dalam kedai ni?"
" eh tak lah, saya hadkan kepada 2 or 3 orang untuk 1 jenis produk. tengok keadaan. kita kan ada citarasa masingmasing. contoh orang tu tak suka tudung saya, mungkin dia suka yang orang lain punya"

"yeke ni? tah tah hasut orang jangan beli tudung orang lain. beli tudung awak"

encik, pintu kat depan. encik macam salah tempat.

1. encik mengguris hati saya. ihi
2. encik tak sesuai berniaga. bukan takat berniaga tapi berkawan. negative thinker susah nak hidup secara aman dengan makhluk lain tau.

kena tipu, kena ambik kesempatan. asam garam dah dalam bisnes. tapi, macam kawan kawan lain pernah cakap, insyaallah Allah s.w.t akan bagi baik hak kita dalam perbagai cara insyaallah :)

dulu, masa mula mula nak kenalkan nama sendiri, saya bekalkan tudung untuk suri rumah dan jugak student mana mana universiti yang tak ada modal langsung tapi sangat sangat bersemangat nak berniaga. ada yang saya bagi bundle 70-100 helai. dalam masa 2 minggu dia kena pulangkan balik stok yang tak terjual serta hasil jualan. alhamdulillah. kita bina bonding. trust each other.

ada kawan kawan tanya. ko percaya ke dekat diorang? macam mana kalau diorang tak pulang?
akak percaya saya ke? thank you kak.

entah. percaya lah.kalau rezeki kita. insyaallah semuanya baik baik sahaja. sebab apa?
awk gerak sorang dalam bisnes. tak da sokongan. susah nak prgi jauh. FACT

lewat petang semalam. kat masjid jumpa sorang kakak. berniaga pasar malam.
so, curi ilmu dia sikit.

" kak, macam mna nak face persaingan ye? ada kwn kwn ckp kenapa lah ko bukak butik kat situ.situ banyak butik kot. siap ada butik gergasi lagi. nanti tak ada sale"

"ok. suka pergi jalan tar tak?"
"mestilah suka kak"
"kenapa?"
"ada banyak pilihan tudung sana. boleh borong. banyak pilihan lah"

" ha tu lah jawapannya. lagi banyak butik. lagi banyak tarikan nanti. orang suka datang kat tempat yang ada macam macam pilihan. kat jalan tar tu, orang sabah serawak brunei singapore pelancong suka sangat datang. sebab macam macam ada. selebihnya, awk jadi kreatif. pusing pusing sikit. and jangan lupa mintak pada Allah swt. Dia mesti bagi "

loghat nya macam orang sabah. dah 12 tahun berniaga pasar malam.

biasakan borak dengan manusia berfikiran positif. kita pun akan jadi positif insyaallah :)

pesaingan normal lah. anggaplah diorang tu daya penarik. yang tolong tarik rezeki kita sekali.
ketaq lutut memang ketaq. tapi doa lah banyak banyak. amin.

so korang. jangan lupa datang kedai bila dah bukak bulan puasa nanti okay!
ni alamatnya

E-07-01 jalan serai wangi M 16/M
seksyen 16 shah alam.


9 comments:

bella amanda said...

Salam sy berminat nk hntr tudung.mcm mne nk contact ye?ni fon sy 0175342006

EjaHariz said...

salam... sis.. bole kita borak2 about bisnes vendor.. nak tanya pendapat n pengalaman u. and nk tau camne nak start bisnes vendor.. if u xkisahlah bole wasap i 0176720067.. really appreaciate if u bg feedback.. tenkiu sis..

arabella said...

SALAM..saya tgh mncari vendor utk butik saya bertempat di Adenium Bkt beruntung. sila tinggalkan msj di 012-3640883 jika berminat.

icetanggo said...

Assalam.. saya merupakan pembekal makanan kudap-kudapan. sememangnya berminat untuk menyertai kedai vendor diseluruh Malaysia. Feel free untuk call / sms saya 0172569166 (nur)

Farahpaien said...

Hi sis saya pun berminat nak tau pasal vendor butik ni. Kalau tak keberatan wsap 0196172047 ye sis

Unknown said...

Saya berminat nak jadi slh sorg vendor. Whatsapp please. 0129046804.

Emy Effendi said...

saya berminat nak jadi salah seorang vendor di area klang :)
ade tak sesiapa?
whatsapp sy please 0172074148

SeKaDar aKu said...

masih buke lg ke utk vendor..if x keberatan..bole contact sy 0195181262

Bungasunti-Maternityandnursing said...

hi awk. boleh pm 0179707014