Masih ada penghuni tak dekat blog saya ni?
Setahun lebih tak jenguk blog. Last entry pun tulis tentang tanda tanda pregnat. Sekarang anak dah 4 bulan HAHA
alhamdulillah berjaya melalui proses mengandung & bersalin dengan selamat.
proses berpantang pun lancar. apa yang tak lancar cuma saya tak dapat menyusukan anak macam ibu ibu bertuah yang lain.
apa yang saya boleh simpulkan daripada proses mengandung- bersalin- berpantang - menyusu adalah saya sebagai ibu buat pertama kalinya sangat mengambil berat tentang menjaga kandungan sehinggalah proses bersalin. selalu google pemakanan sihat. cara bersalin yang betul bla bla bla.
saya lupa tentang fasa yang tak kurang pentingnya iaitu macam mana nak hasilkan susu untuk anak.
saya cuma berpeluang beri susu badan untuk anak selama 3 minggu.lepastu dah takde susu.
ramai yang tanya
takde susu ke beb?
awak tak kasi susu badan ke anak ke? cucu makcik susunya memancut mancut.
tak dinafikan awalnya memang down. bonding dengan anak masa susu badan sangat lain macam. ibu ibu yang susukan anak mesti faham perasaan tu.
so, bila kita nak susukan tak dapat dan orang keep asking
whyyy beb? no susu ye?
tak amalkan kurma ke? memang bikin nangis celah tilam.
everyday :'(
tapi husband macam biasalah supportive
takpe, kita takde ilmu. anak ke 2 nanti insyaallah kita kena lebih alert. jangan stress.
so, bakal ibu siapkan diri dengan ilmu penyusuan kalau memang berniat nak beri susu badan pada anak :)
oh lupa, kenalkan puteri saya NAYLA ZAHRA BT SHAHRIL EFFEDY
hari ke 4 zawa keluar dari perut ibu
seminggu lebih diluar perut ibu
rambutnya bakal botak
botakkk
3 months
hurm penatt
4 months - 6 kg
nanti kita jumpa lagi di next entry ok.
assalamualaikum .
No comments:
Post a Comment