Thursday, February 20, 2014

loan untuk modal permulaan bisnes

Assalamualaikum
Hari tu ada terbaca status serorang kawan kat facebook. beliau ada bertanyakan
" ada sapa2 tau x, mana2 bank or badan yang berikan loan untuk fresh grad"

Banyak. Antaranya PUNB, MARA, SME, dan lain lain.
I have brother in law. yang kerja dekat PUNB. dia pernah tanya soalan macam ni
" Kenapa ko nak buat bisnes?"
"sebab ni minat aku. aku memang minat bisnes"
"seberapa banyak manusia kat luar sana yang rasa dia minat bisnes. tapi, apa yang ko boleh jamin and bagi bank rasa secure yang ko boleh berjaya dan bayar balik loan dari bank?"

trust me. 5-6 months before grad, aku dan buat research few banks and badan badan tertentu yang boleh sediakan dana permulaan bisnes. ada orang kata, ko ada kelulusan Degree. senang nak mintak loan dengan bank. jawapan nya. SALAH.

bank akan senang bagi loan dekat sesiapa yang bekerja sebagai penjawat awam. sebab dia akan tolak gaji korang terus je. kawan kawan yang kerja gov memang senang sangat sangat buat loan. tak kisah la beli rumah ke, personal loan ke yang boleh diorang gunakan untuk buat modal permulaan bisnes.

bagi yang kerja swasta pon tak de masalah. janji korang kerja, ada slip gaji and pendapatan korang tu memadai and masuk akal untuk bayar loan bulan bulan. 

untuk mana mana bank yang tawarkan " skim permulaan perniagaan untuk siswazah" korang jangan terpedaya dengan ayat macam tu. Tapi tak boleh cakap jugak. maybe aku just tau prosedur sesetengah bank je. tapi mostly, benda yang paling penting korang kena tahu. apa yang melayakkan korang buat loan permulaan bisnes adalah

1. korang dah ada bisnes sendiri. 
2. dah berdaftar dengan SSM
3. dah ada bank statement company yang cantik flow duit keluar masuk (3-6 months)
4. sale korang at least 15- 20 k per month ( bergantung pada jumlah loan yang korang mohon)

itu benda paling basic yang korang perlu ada. if not, TAK LAYAN.

logiklah. if korang siapkan proposal gila gempak pun. tapi cerita atas angin. tak ada bukti bertulis. benda tak real. sape nak bagi loan

Sorang head dekat salah satu bank pernah cakap

 " Buat loan ni. ibarat ko nak gi pinang anak orang. conttoh si A janji ,saya akan buat anak mak cik bahagia. jaga makan pakai dia. belikan dia macam macam. tapi tak de apa apa nak tunjuk depan mata. dengan  si B tak cakap banyak. bawak kereta besar. datang bawak cincin besar. mana mak ayah akan percaya dulu? yang cakap pumpang pumpang habuk tarak ka. yang terus nampak kereta besar cincin besar depan mata?"

tu just perumpamaan. tapi macam tu lah. tak senang nak buat loan kalau tak de ape yang korang boleh but bank rasa secure. dengan ayat mudah. bank cuma akan bagi loan untuk korang EXPAND bisnes korang bukan START bisnes.

even skim siswazah SME bank sekalipun. korang kena ada banyak benda bertulis. paling penting bisnes dah jalan. statement cantik. kan ada yang diorang kata, nak loan kena ambik kursus semua tu kan? secara ikhlas aku bagitau, kursus tu sekadar kursus sahaja. chances untuk dapat sangatlah tipis. lebih kepada tak de harapan kalau bisnes korang masih ZERO.

untuk PUNB. pun sama. ada program yang korang kena kursus 6 bulan -1 tahun dulu. barulah bincang balik pasal loan.yang ni. aku tak ambik tau sangat. sempat pergi dengar talk je. tapi tak follow up sangat. ayat yang paling aku ingat bila aku borak dengan pegawai dia adalah 

"make sure sale awak dah cecah 15k ke atas. baru layak nak mohon"

yang terbaru, pergi ke MARA kat Jalan tar.sebab ada yang dengar yang MARA sediakan skim baru untuk mulakan bisnes. tapi tak banyak. dalam 20k macam tu je.tak payah hantar proposal. just isi borang

 macam biasa park kereta kat cempaka. bayar parking RM3 then tunggu train. sampai sana, salah tempat. aku masuk Bangunan mara yang tinggi tu. untuk perkara berkaitan loan, kena tanya dekat Koperasi. so, terkedek kedek jalan pergi koperasi



sampai sana, aku tanya

 "abang,saya nak tanya pasal dana untuk mulakan perniagaan.

brader tu jawab

" oh, ada. tapi awak bisnes dah berapa lama? dah ada premis? surat perjanjian premis?"

eh. aku dah pelik

 " biar betol bang? kalau orang tu nak mulakan perniagaan maksudnya dia mana ada duit. kalau dia tak de duit maksudnya mana dia nak ada premis?"

"memang macam tu dik. awak punya bisnes harus berdaftar dengan SSM lebih 6 bulan. ada premis. and ada statement cantik"

" uish bang. macam tak logik je ni. kalau orang tu ada premis. buat ape dia mintak 10k 20 k. dia mesti dah banyak duit. mesti dia nak pinjam puluh puluh tak pun ratus ratus ribu. MARA lagi susah dari bank la kalau macam tu. bank tolong orang dapatkan premis. tapi mara nak bagi 10k pun kena ada premis ye bang?"

" AAH. MEMANG MACAM TU DIK. SEBAB RAMAI SANGAT ORANG KITA PINJAM MARA. LEPAS TU LESAP TAK BAYAR"

well. tak salahkan mara pun. terlalu ramai manusia yang tak bertanggungjawab. tengok orang bisnes nak bisnes jugak. tak sempat pape putus asa. lingkup. duit tak bayar. last last mengundang kesusahan pada umat sejagat. haha

oklah. setakat tu jelah perkongsian. setakat yang aku tahu jelah. tapi kan, pada yang betol betol minat bisnes. go for it! mula mula memang susah. bertahan dan bersabar. insyaallah semua akan okay. kalau awal awal benda ni buat korang terpaksa ikat perut sikit. disiplin sikit. tekanan sikit. sabarlah. semua benda akan berjaya kalau kita usaha bersungguh sungguh.

wish you all the best! sape sape ada bisnes best. jomlah share. bye!

ada gerai depan koperasi mara. singgah minum sirap. manis sangat.
brader pakai cap tu tanya 

" dik, you orang gombak ke?"

" tak lah. kalau balik kg lalu lah gombak. haha"

3 comments:

greenmille said...

Segalanya tentang bisnes
Layari: powerupbisnes,blogspot.com

udyn aziz said...

Just nk tny..i dh bsnes stahun 8 bulan..and i puny ssm dh staun..tp penyata akaun compeny i hny 5k per mont..layak ke i dpt loan.?.tq

Nurru Adila said...

wahh susah juga tu kalau nak kena ada premis bagai kalau nak start bisnes.. adeh kesian juga untuk yang baru-baru nak bisnes..

:)