Sunday, March 16, 2014

bersyukur

"Makam yg lebih paling tinggi adalah BERSYUKUR apabila diturunkan ujian oleh Allah s.w.t"

Before ni. Belajar bersungguh2 untuk jadi orang yang bersabar bila diberi ujian. Tu pun selalu gagal. Apatah lagi mahu jadi manusia yang BERSYUKUR bila ditimpa ujian. Masyaallah.

Orang yang hebat. Bila Allah s.w.t buka hati dia untuk terus nampak HIKMAH disebalik ujian yang Allah s.w.t bagi. Kita selalu persoalkan. Apa lah hikmah semua ni jadi? Dalam tak sedar, kita pertikaikan apa yg Dia bagi untuk kita. Nauzubillah.

Even kita akan selalu tertanya tanya.

" apalah Allah nk bagi kami. Dengan ujian bertimpa timpa ni"

Kita memang kena yakin. Memang ada something dia nak bagi. Just percaya je. Memang ada :')

Ustat kata. Ujian ni diberi pada kita. Untuk Allah s.w.t kurniakan petunjuk. Apa yang kita kena buat. Apa yang kita perlukan untuk hidup ni. Kalau kita sabar kita akan dapat petunjuk yang Allah nak bagi tu. Insyaallah.

Bayangkan kita dalam 1 perjalanan. Nak ke 1 tempat. Kita belum tau tempat tu kat mana. Macam mana kita nak sampai dengan selamat kat tempat tu kalau kita takde langsung petunjuk.

Ujian jugak adalah salah 1 cara Allah s.w.t menjawab doa doa kita semua.

" ya Allah. Berilah petunjuk Mu kepada ku "
" ya Allah. Jadikan lah aku hamba yang benar2 mencintai Mu"
" ya Allah. Ampunkan lah dosa dosaku"

Ujian untuk petunjuk. Ujian untuk uji kesabaran dan keimanan. Ujian untuk hapuskan dosa. Insyaallah. Sebab itulah kita sepatutnya BERSYUKUR bila Allah s.w.t beri kita ujian.

Mudah mudahan. Kita semua mampu terima semua ujian yang Allah s.w.t berikan serta mendapat petunjuk untuk dunia dan akhirat yang lebih baik. Insyaallah.

P/s: rancangan tanyalah ustat banyak buka hati.

No comments: