Tuesday, November 24, 2015

tanda tanda awal kehamilan

assalamualaikum semua :)

seperti yang dijanjikan, kak bunga nak share pengalaman merasai detik detik awal jadi bakal ibu.
ada yang mengecam

beria.

come on. jangan la negative sangat.

takut ada yang dah lama kawin tapi belum ada rezeki terasa.
rezeki kita Allah swt dah tentukan. kalau adayg tengah bergembira, tumpanglah gembira skali.
jangan nak negative je.

so far, ada kawan kawan yang bertanya pasal ni. bukan tanya cara nak buat anak eh, tapi tanya simptom sebab mereka pun dah mula rasa simptom tapi nerves nak check. takut kecewa.

honestly, masa mula mula ada simptom ni kak bunga google je hari hari. sebab awal sangat. since second week mcm tu dah rasa badan lain. orang yang jenis sensitif even badan dia lesu ke, kurang bertenaga ke, selera makan lain sikit ke dia dah boleh detect. tapi, disebabkan kak long satu satunya kakak yang baru ada satu satunya anak dan tak ada pun simptom2 tau tau dah banyak bulan pregnant tu tak dapatlah nak dijadikan rujukan sangat.

2 minggu jugak kak bunga jadi ulat laptop. korek maklumat tanda tanda ibu hamil.

antaranya,

1) payudara bengkak
macam kita nak datang period, tapi tak period. tapi tak semestinya itu tanda kita hamil jugak. kadang kadang sebab hormon kita berubah.

tapi,time macam ni, jaga2 lah pergerakan. if u know what i mean. boleh menangis sakit :'(

2)mengidam
ha, kak bunga tak tau pulak tu perasaan mengidam tau. tapi,asyik nak makan benda manis. bila husband belikan taknak pulak yang tu. nak yang lain.
tak pasal pasal nak makan etok. padahal balik kelantan tak de pun nak makan. time kat shah alam lah ko nak. mana nak cariii oi.

kdg2 bila mnm air masak pun rasa pahit.
masa ni jadi terus bagitau husband "rasanya sy ni pregnant"
terus dia bantai gelak :(
yela sebab baru lagi kawin kan.
so,perasaan tu dipendamkan je lah.

3) sensitif pada bau
kak bunga langsung tak boleh pakai perfume eh sekarang. sakit kepala. husband mmg jenis suka pakai perfume, body spray, tapi memang tak tahan baunya. kadang kadang sampai rasa nk menangis kalau dia curi curi pakai.BAU OKAYYY

selain tu, bau halia, bau bawang memang tak tahan. ha masa tu dh rasa pelik tau.of course pelik sebelum ni kita jenis suka bau perfume semua jadi tak tahan. so dari situlah rasa was was tu makin menebal.

4) badan lesu 

badan memang makin lesu.since kak bunga mmg dah darah rendah, banyak kali rasa nak blackout.
awal awal rasa macam tak de apelah. sebab dah selalu macam tu. yang lainnya, bila zohor selalu kat butik tak tidopun. tak rasapun nak tido.sekarang boleh tertido zohor sampai ke asar. tak sedar langsung.

kalau ini jadi, jangan terbawak bawak sangat. control and cuba lah buat apa apa.tak elok pun tido banyak :)

5) sensitif

kalau before ni. tak pernah pun kisah husband dok main handphone 24/7 . lantak la. diapun ada kerja ada kawan. em peliknya sekarang dengan sendirinya rasa masuk tido seawal 8 malam sambil tersedu sedu . HAHA apa kejadah tak tau lah.maybe korang tak ada kot simptom macam ni. but i do.

6)angin dalam badan/ lenguh pinggang /punggung

ha ini tak tahan.pukul 3 pagi terjaga sebab rasa sebu. macam angin sangkut kat tekak. kentut tak nak sendawa pun tak nak. sabar lah. cuba kejut husband mintak urutkan belakang .insyaallah angin keluar sendawa dan sebagainya, bolehlah sambung tido :)

7) sakit macam period.tapi tak period

kak bunga ada baca, sebabnya jadi sakit ni kerana rahim meregang sebab menyediakan tempat untuk baby kita.

9) lambat period

dalam minggu ke 3 mcm tu, kak bunga dah start buat UTP test tu.
beli yang paling murah sekali dekat watson. 3x tau. semua negative.tapi naluri kuat kata "dia" dah ada.

kali ke 3 negative, sorok sorok ke klinik masa husband pegi solat jumaat. yelah, hari tu kena gelak kan. buatnya negative nanti dia kata kak bunga halusinasi pulak.

seperti dijangka.doc pun cakap negative. yang lawak doc pun pakai pregnancy test yang lagii murah.
so,kak bunga google tau.pregnancy test ni berbeza beza, ujian UTP ni adalah untuk menguji kehadiran hormon chorionic gonadotropin yang dikeluarkan oleh placenta (uri) pada bayi.

selalunya ujian ni dilakukan selepas kita lewat 2 minggu dari tarikh sepatutnya period. sebab tu lah, masa 3x test tu hasilnya negative. masa tu kurang lebih baru 3 minggu (teori umur kandungan yang kak bunga rasa badan lai macam)

lagipun, salah cara test.
kita tak boleh sukahati test je. waktu terbaik buat test adalah masa mula mula kita bangun pagi. masa tu, hormon dalam urin banyak lagi ( sepupu punya advice)

masuk awal minggu ke 4, kak bunga cuba beli CLEAR BLUE PREGNANCY TEST (DIGITAL)
sebab cuak, kak bunga rendam stick tu sekejap sgt dalam urine. hasilnya?ERROR terus.

memang rasa putus asa. malas dah nak test.
minggu pu kebetulan jugak balik kampung husband. badan lesu, tapi gagahkan jugak bergerak sana sini. selalu lincah je, ini kejap kejap duduk.

hari last kat kampung, datng balik perasaan nak test tu.if tak pregnant ok je, sebab baru sangat kawin. baru sebulan.tapi, if 'dia' dah ada, kesian la dia kita buat tak tau je. makan pun main makan. bergerak. melompat. terlentang. better kalau kita tau, kita boleh dah ambik langkah berjaga jaga. 1st trimester 'dia' tu sangat fragile.

so, ambik keputusan beli lagi satu CLEAR BLUE PREGNANCY TEST. kali ni jenis yang kalau kita rendam tu, dia akan berubah jadi pink. kali ni memang rendam  betul betul. lama sikit dalam 10 saat.

pukul 3 pagi jantung laju tengok result kali ni. DAH ADA DOUBLE LINE ! tapi masih kabur tau.
ya Allah masa tu terus kejut husband. bangun bangun tengok jap ni betul tak.
lama dia kelipkelip.lepastu tanya

"maksudnya apa?"



HAHA. alhamdulillah esok nya terus pegi klinik. doc sahkan pregnant.cuma awal sangat lagi. 4 minggu 4 hari.

so betulla orang kata, kalau awal sangat test tu pon belum dapat detect lagi. tapi, doc kata jangan berharap sngat. takut takut ut cuma perubahan hormon. tapi,naluri kita ni mengatasi kata kata doc, kak bunga tunggu 2 minggu untu chek lagi sekali. dalam masa tu, kak bunga start makan folic asid. jangan tinggal tau.


settle pasal 2 minggu lepas.
tadi pagi kami ke klinik ajwa sek 7. untuk buat test lagi sekali. mana tah tau kan. result lain menyusul. doc terus sarankan untuk scan. so, kami pun scan lah.

masa 1st time doc detect heart beat dia. rasa nak nangis. ada 1 jantung kecik dalam rahim kita :')

" wah, tengok tu kecikk je. haluss je lagi. jantung dia baru terbentuk. hebat lah awak. 2 minggu lepas dah dapat positive result eh? selalunya awal awal tak dapat detect lagi"



apa pun, alhamdulillah. niat sekadar nak berkongsi. mungkin jugak boleh dijadikan rujukan bagi yang masih berteka teki. buat masa sekarang normal. cuma, kena jaga pemakanan sebab darah rendah ni cepat nak pitam. sakit kepala tiba2 datang berdenyut2. tak usah komplen apa apa.lalui je pengalaman yg Allah swt beri ni.

yang kata tak elok. beria sangat. menunjuk nunjuk tu. bersihkanlah benda benda negative tu. mungkin rezeki saya sampai dulu. saya doakan rezeki kalian pun dipermudahkan. insyaallah.

good luck kepada smua.semoga ALLAH SWT permudahkan urusan kita semua. doakan yang baik baik .assalamualaikum 


2 comments:

Che Wan AlFateh said...

samalah kita...fza tgh melalui bnda yg sama...skng dh 2 bulan...second baby...dlu masa first baby pun fza alah teruk masa pregnant...first check upt non hado...pat kali gakla test upt..first g klinik doc ckp mayb kencing kotor sbb baru kawen katanya...last p check kat klinik ada garis samar kat upt..doc sahkan preggy...patutla masa honeymoon pun byk bnda pelik jadik...masa stay kat hotel tetiba bau busuk...suami ckp xda pun...pastu ignore ja...then kt rumah cramp kaki...mlm tu period...warna coklat...byk sgt...risau ada masalah dalaman...rupanya tu implantation bleeding...mmg byk cabaran sepanjang hamil yg pertama...alahan yg teruk...xleh bau masakan...tp mkn byk...then ank first lahir secara normal masa 33w...pramatang..stay kat nicu for 4 days...ank xda masalah pernafasan cuma prolonged jaundice hampir sebulan...byk jugak yg saya lalui tmasuk bengkak susu yg sgt menyakitkan...sbg ibu sy syorkan kna byk cari ilmu sepanjang kehamilan agar lebih brsedia..xdala tkejut sgt nnti.itu semua pengalaman berharga bg saya...semoga semuanya berjalan dgn lancar dan diberi kesihatan yg baik utk awak dan juga baby..amiin

Bungasunti-Maternityandnursing said...

lebih kurang la tu ye pengalamannya.apapun, terima kasih kak :) doakan yang baik2 ya.